BLOCK MY PHONE - Registration Benefits

DICURI? SEKAT SEKARANG!

Apa yang anda lakukan apabila telefon anda hilang? Kebanyakan orang berpendapat mereka harus segera menghubungi penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih untuk menyekat kad SIM mereka daripada digunakan. Mereka betul, tetapi tidak 100% betul. Bagaimana kalau kami katakan yang telefon mudah alih anda boleh disekat daripada digunakan dengan mana-mana kad SIM, walaupun daripada penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih yang lain?

Ini tidak lagi mustahil! Telefon anda bukan sahaja menjadi tidak berguna kepada orang lain, malah peluang untuk mendapatkan kembali telefon anda kini lebih cerah!

Jadi, daftarkan peranti anda dengan kami dan lindunginya sekarang!

HILANG atau DICURI
Telefon anda hilang atau
dicuri?

LAPOR
Hubungi pembekal rangkaian mudah alih anda untuk meminta mereka menyekat nombor dan telefon anda serta-merta.